salam sahabat..
disini sedikit perkongsian semoga mendapat manfaat untuk kita semua.
semalam saya kemukakan soalan. berapa jenis trader yang ada..
jenis-jenis trader terdapat 3 jenis...
1. scalper
2. intraday
3. swing
1. Scalper
Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit, selalunya kurang daripada 10 pip untuk setiap trade. Trader Forex "Scalper" selalunya berdagang lebih daripada 20 kali dalam sehari. Usahawan Forex akan Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak posisi dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap posisi. trader yang mempunyai modal yang kecil juga disarankan menggunakan teknik ini.
2. intraday
Selalunya berniaga tidak lebih daripada 24 jam dan menutup posisi ordernya kurang dari 24 jam. hanya membuat beberapa post sahaja.
3. swing
Posisi dibuka lebih daripada 24 jam, mungkin 2 hari, 2 minggu, 2 bulan
atau sebagainya. Jenis Trader Forex ini merupakan mid-term & long-term trader. Mereka lebih suka berniaga mengikut arah trend, terutamanya trend yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan sebagainya). Trader Forex akan dikenakan daily interest apabila position mereka dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.
jadi, dimanakah posisi kita... tepuk dada tanya modal.
tetapi, trader juga tidak terhad kepada satu teknik sahaja. boleh lakukan scalper pd Tf yang keci, atau minor trend. boleh lakukan swing atau intraday pada major trend atau Tf yang besar iaitu H4, D1 dan ke atas.
Ada sesetengah trader lama berkata, scalper makan hari, intraday makan minggu. swing adalah bonus atau gaji bulan.
setakat ini perkongsian saya. harap dapat dimanfaatkan bersama. saya hanya berkongsi ilmu sahaja.
Insha Allah