Ahad, 18 Disember 2016

Assalam & salam sejahtera,
Sedikit perkongsian... 

Sedikit coretan dihujung minggu. Ramai antara rakan2 trader yang saya kenal begitu teruja dengan dengan hasil trading @ profit mereka. Itu tidak salah dan seharusnya kita rasa puas atas pencapaian masing2.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah:
1. Kejayaan dalam trading memerlukan satu jangkamasa utk kita membuat penilaian @ sebagai kayu ukur, sebagai contoh:
a) 100 trades, berapa win & berapa loss
b) jika win sekali pun adakah ianya berbaloi dari sudut masa & tenaga
c) jangan 1st week win, 2nd week MC
2. Forex is Biz - jika benar konsep ini difahami, sudah semestinya kita harus melalui fasa2 tersebut. Secara ringkasnya trading @ perniagaan ini perlu melalui fasa:
Fasa#1
1 - 3 tahun; utk trader merasai ranjau jatuh bangun
Fasa#2
3 - 5 tahun; trader seharusnya telah faham "Rules & Discipline" didalam trading
Fasa#3
5 tahun keatas; trader telah melalui 1 cycle didalam market yang penuh cabaran ibarat gelombang ombak besar di lautan
Kesimpulan: Berapa lama seseorang itu belajar dr sekolah rendah, menengah dan masuk universiti sehingga menjadi seorang doktor atau engineer? 16 HINGGA 17 TAHUN BRADERRRR !!!!
Dimanakah LOGIK AKAL jika belajar atau hadir mana2 Kelas Trading sehari dua ... dan anda terus boleh TRADING dgn profit ribu riban braderrrrr !!!!!
Sekadar perkongsian dari pengalaman sendiri, harap bermunafaat.
source:
abang amer ibrahim
Kelas Teknikal Analisis
"Helping Others Getting Ahead"

No automatic alt text available.


--
Join fxPrimus, banyak kelebihan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan