Ahad, 2 April 2017

Lebih separuh dari fb frend saya tidak terlibat dgn forex...jadi yg masih 50/50 meragui status forex anda blh nilai sendiri dan guna sedikit akal fikiran yg dikurniakan

Kalau forex haram jngn simpan duit dlm bank... Semua bank menjalankan forex..

Berikut merupakan PANDANGAN PERIBADI kami.

Di Brunei, forex adalah Halal. Di sini Haram. Apa beza kita trade di Brunei atau Malaysia? Sama sahaja kan? Terminal, website, market dan lain-lain semua sama sebab boleh diakses melalui internet. Adakah secara fizikal kita perlu berada di Brunei baru jadi Halal? Kalau sembelih ayam di Brunei Halal, sembelih di Malaysia Haram. Bolehkah begitu? Kalau haram (contoh mudah, arak) mestilah satu dunia haram. Mana boleh sini halal sana haram.

Di Arab ada Shariah compliant broker. Kalau forex ni haram mestilah tak wujud broker-broker Shariah compliant ni.

Kalau untuk individu haram, kenapa untuk syarikat / bank dibolehkan walhal kaedahnya sama sahaja iaitu online? Bank pun trade forex juga. (ini bukan kaunter tukar duit tu tetapi memang setiap bank ada forex trading department yang trade forex untuk menjana pendapatan bagi pihak bank. Kami tahu kerana En Khalid merupakan seorang bekas pengurus bank, dan trading department merupakan penyumbang terbesar keuntungan sesebuah bank).

Kalau forex haram sebab online dan tidak melibatkan pertukaran fizikal, kenapa CPO, saham, options, futures dan lain-lain tidak diharamkan sedangkan kaedahnya sama sahaja iaitu "secara online"?

Islam mengharamkan sesuatu ada sebab. Contohnya arak, sebab ia memudaratkan diri. Islam juga mengharamkan zina, sebab nanti timbul masalah penyakit kelamin, anak luar nikah, lelaki tak mahu bertanggungjawab dan pelbagai lagi kesan negatif. Mencuri, merompak, membunuh itu semuanya ditegah kerana akan ada akibat buruknya.

Forex diharamkan sebab kononnya ia meragukan, tetapi sebagai seorang forex trader, semuanya jelas setiap kali kita membuka position. Floating profit, loss, caj yang dikenakan, transaksi jual beli, berapa margin yang diperlukan semuanya jelas malah kita akan menerima laporan setiap hari dan bulan sebagai rekod kita membuat trade. Forex bukannya perniagaan teka-teki seperti nombor ekor, betting dan sebagainya. Ia memerlukan pengetahuan analisis teknikal, fundamental, money management dan kawalan emosi yang tinggi. Sebab itu bukan semua orang boleh berjaya dalam forex.Ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh. 5% sahaja yang berjaya. Itu adalah statistik keberjayaan dalam apa jua bidang sekalipun. Ramai lingkup sebab MAIN FOREX, sepatutnya mereka TRADE FOREX. Jauh bezanya tu.

Di dalam forex, ada broker yang berlandasarkan prinsip Syariah. Forex adalah harus / halal di negara-negara lain. Namun, ada juga yg mengharamkannya (contohnya Malaysia). Terdapat khilaf di situ.Jadi, terpulang kepada trader untuk memilih samada nak pro kepada yang halal atau yang haram, yang penting kita mesti faham, ada sebab yang kuat serta 100% yakin dengan keputusan kita.

Bagi kami, forex tidak memudaratkan kami atau orang di sekeliling kami. Kami tidak pernah menyusahkan sesiapa pun disebabkan forex. Malah, forexlah yang telah menambahkan keselesaan hidup kami dan juga para pelanggan kami. Atas sebab itu kami masih yakin forex tidak haram. Kami mendidik trader untuk menjadi trader yang sebenar, bukan melabur dalam skim tak tentu hala dan mengharapkan pulangan tetap tanpa apa-apa usaha.

Nilailah sendiri, adakah forex ni memudaratkan anda atau orang sekeliling?

Pilihan di tangan anda.
Majlis fatwa kebangsaan juga mengharamkan rokok,saya yg x merokok ni dengan rela hati terima fatwa tersebut tetapi anda yg tegar merokok tetap dgn pendirian mengatakan merokok itu tidak haram dengan hujah2 anda sendiri.....jd tiada bezanya disini..

≈Ramai yg akan kecam jika saya cakap merokok memudaratkan diri sendiri dan org lain..

Shah Rin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan